2010/12/31

aku pasti cili itu aku.

pedas betul cili itu. aku tak pasti cili itu seperti cili yang tukang masak kedai no. 9, cafe KK12 selalu bubuh dalam kuey tiaw tomyam feveret aku.

kuey tiaw tomyam tu sedap. seronok makan panas panas bila kota KL tengah sejuk sejuk sekarang.

orang Melayu, bila makan mesti nak rasa pedas. macam abah aku, nak makan mesti ada sambal belacan. bila pedas baru ada selera nak makan.

sumpaaa tak sangka. aku terkejut beruk. tak tipu. ok ok. aku tak tahu beruk terkejut macam mana.

ada manusia berbalas, dan aku sangat pasti beliau betul betul tuju pada aku -_-

aku sudah mencari dan mengkaji di seluruh dunia tanpa sempadan ini. Tiada siapa yang melakukannya seperti aku. Ya. hanya aku seorang. Ruangan aku betul betul berada di bawah ruangan manusia ini. segalanya berkaitan.

kisahnya bermula ketika burung burung sedang bersiul di bulan puasa. aku tak ingin kongsi kisah itu dengan lebih terperinci di ruangan ini. biar terkubur sendiri. kisah lama, buat apa nak ungkit. cuma aku mahu tegaskan kenyataan beliau,

"Banyak entri - entrinya adalah entri aku dan lebih hebat, deskripsi........."

tak ada satu pun hasil perkongsian aku SAMA dengan hasil perkongsian beliau. aku sangat pasti. cuma di bahagian deskripsi aku, kenyataan itu memang hak milik tetap beliau. dan aku tahu, tipulah kalau tak ada penulis yang tak mahu penulisannya tidak dihargai atau diberi penghargaan.

ya. aku sengaja tidak meletakkan nama beliau di bawah kenyataan tersebut. dan aku tidak berlagak itu adalah hak milik aku. sekiranya ada yang bertanyakan tentang kenyataan tersebut, tanpa segan silu nama beliau akan disebut.

ya. beliau adalah idola aku dari segi penggunaan bahasa ibunda dalam penulisan dan bukan dari segi lakonan. penulisan beliau mengikuti citarasa manusia urban di dunia tanpa sempadan. tabik spring.

kisah ketika burung sedang bersiul dulu, masing masing setel kan sendiri lah. aku dengar semula siulan burung yang lepas lepas. dan aku pasti, aku tak kutuk kau, aku tak marah kau, aku tak maki kau. ada kesilapan di situ.

oh ya. aku lebih selesa ber-aku ber-kau. mungkin itu penyebab.

serius. aku makan cili tu. memang aku terasa pedas.

6 comments: