2010/08/14

begitu

dalam jangka masa 3 hari di bulan Ramadhan ni. tiada apa yang begitu menarik bagi aku. tiada cerita yang karut untuk aku kongsikan. semuanya berjalan seperti biasa. bangun pagi, mandi, pergi ke kelas walaupun aku tidak menghadirinya buat beberapa kali. belajar, ulangkaji, walaupun tak berapa pasti apa yang aku belajar tu sampai ke sel sel otak aku ataupun tidak. aktiviti normal aku, sentiasa menghidupkan diri di mukabuku.

mungkin ada sedikit kisah kecil boleh diperkatakan.

wujudnya seorang manusia.
yang mana aku kenal beliau sebelum ini. tapi tidak sebagai seorang kawan. hanya kenalan di zaman persekolahan. tetapi apa yang menariknya.........

HAHAHAHAHA :P

aku tidak mampu nak menghabiskan kisah ini. mungkin di lain hari. kita tunggu sahajalah hari itu tiba. aku tertanya tanya...adakah hari itu akan tiba??

tak mungkin lah.

aku memang suka berangan angan dan diangan angan kan.


p/s : AH :)

2 comments: