2010/08/16

hentaman

masalah. teruk sungguh hari ini. hari pertama exam di Universiti Malaya memang sangat malang bagi aku. bangun lambat. subuh terlepas. sahur apetah lagi. alarm fon tak berbunyi. pakcik call kejutkan aku tak bangun. timm sms. chepam sms. pakcik sms. langsung aku tak sedar. roommate aku pun memang dua kali lima sama dengan sepuluh je. lena betul aku tidur malam tadi.


tentang exam trigonometry pagi tadi. banyak hentaman dan tembak tembakan menggunakan m16 setelah berbaloi aku pelajari di PLKN dulu. sungguh mengecewakan. tembakan aku kebanyakannya tersasar. aku perlu berlatih lagi. sudah. aku tidak mahu berkata apa apa lagi. cukup la sampai di sini mengenai soalan trigonometry yang seperti *^#&^@%!%$ itu.

aku tidak mahu mencarut di bulan puasa yang baik lagi mulia ini.

seterusnya. microeconomy. berusaha lah wahai jasad dan roh ini. aku risau akan adanya kekeliruan konsep di setiap topik. minta dijauhkan.

sesi pada petang ini akan berlakunya cerita kedai kopi di restoren midah bersama sama ahli ahli wilayah rebung : timm, chepam, farah dan adlyn untuk mangatur strategi peperangan pada esok hari. tapi tuan punya restoren tiada. ada urusan peperangan katanya. goodluck kepada beliau. begitu juga kepada nurin. :)

cukup. aku mahu tidur sebentar.

7 comments:

  1. waaaaaaaaaaaaaaaa T.T
    hentaman aku pon sgt byk . haha

    ReplyDelete
  2. perang kecik kecik guna pistol jelaa. :P

    ReplyDelete
  3. eyhhh...mane bleh..nme pun perang..
    perang besar nanti baru advance sket pkai machine gun, rifle, keta kebal, meriam haaa...amik kaw sume skali... :P

    ReplyDelete
  4. tak jalan jugak nye. tentera tak cukop nak guna sume tuh. :PP

    ReplyDelete