2010/08/08

itulahhh


=.=

ouhhh. stressnya masa kini. rutin harian ku sebagai seorang pelajar yang senantiasa bangun lewat nihhh semakin menjadi jadi. apakah? exam semakin hampir. walaupun hanya mid sem test, tetapi aku perlu mencapai apa yg sepatutnya. YA, itulah 4 RATA. boleh kah aku? mampu kah aku? aku hanya lah seorang manusia biasa yang mempunyai tahap IQ standard. aku rupa rupanya masih tidak bersedia untuk menempuh hidup sebagai seorang pelajar asasi sedangkan aku merasakan aku sudah mampu. itulah yang masyarakat sekeliling suka perkatakan, jangan berlagak di hadapan orang lain. adakah aku tergolong dalam golongan yang sebegitu. mungkin YA. aku seperti sedikit ada perasaan bongkak itu. YA, sedikit.

apabila direnungkan kembali, aku yang kini dan yang dahulu tidak jauh beza pun. cuma ingin berubah kepada yang lebih baik. tetapi seperti tidak berlaku sahaja perubahan tersebut. bagaimana ya? aku ingin kan proses perubahan tersebut. tunggu sahajalah saat itu tiba.

aku merenung helaian helaian tutorial aku yang bersepah sepah di atas meja berdekatan laptop ketika sedang menaip blog ini. sungguh banyak kertas2 tersebut. pening ku memandang nombor nombor tersebut. YA. aku tidak suka nombor. berulang kali ku katakan. AKU TAK SUKA NOMBOR. tetapi apakan daya. nombor dan kehidupan manusia itu tidak boleh dipisahkan. dimana mana sahaja atau apa sahaja yang kita perlakukan mesti ada kaitannya dengan nombor. mengapa? inilah yang akan berlaku apabila wujudnya seorang pelajar yang mempunyai masalah dalam nombor. bukan apa. aku tidak suka atau kurang suka pada subjek matematik itu sendiri. YA. aku lah salah seorang pelajar yang ada masalah dengan nombor. salah seorang? mungkinkah ada yang lain mempunyai masalah seperti aku. mengeluh. aku tidak tahu. semenjak daripada zaman persekolahan iaitu sekolah rendah, aku tidak suka pada subjek tersebut. mungkin bukan pada nombor. tetapi kepada jalan penyelesaian topik matematik itu sendiri. semakin tinggi tahap pengajian dalam subjek matematik itu, semakin susah penyelesaian nya. mengapa seorang manusia perlu selesai kan sendiri masalah kau wahai matematik? membesar lah dan selesai kan masalah kau sendiri. aku tak mampu nak menyelesaikan masalah kau wahai matematik. aku sudah tak sanggup lagi.


2 comments: