2010/08/09

tujuan


selesai aku menyiapkan tutorial ke 7 trigonometry. berakhirnya topik yang memeningkan kepala itu. kini bermulanya aku berpindah ke topik yang baru. YA. geometry. sedang aku berehat beberapa minit sebelum memulakan tutorial matematik yang ke 8. telefon bimbit aku mengeluarkan suaranya tanda adanya mesej yang diterima. YA. benar. AFIQ mengajak ku ke PC FAIR di KLCC. hurmmmm... menarik. aku setuju dan bersiap untuk ke sana.

walau bagaimanapun,
bukan ini yang aku mahu kongsikan...
tetapi...

love its architecture :)

ini lah bangunan berkembar petronas. mercu tanda negara Malaysia. lebih dikenali sebagai KLCC. aku kagum dengan senibina bangunan pencakar langit tersebut. bagi pandangan sebagai seorang pelajar yang kini hilang tujuan untuk memilih bidang nya sendiri, aku melihat KLCC ini memiliki ciri yang sangat unik. Ia kembar dan sangat tinggi. mempunyai jambatan di tengah tengah sebagai pengikat kepada bangunan kembar ini. menunjukkan keutuhan sesebuah bangunan tersebut. sangat menarik. lebih indah apabila dilihat pada waktu malam sambil makan burger GCB mcdonald ditepi tasik KLCC dengan irama pancutan air yang sering bertukar rentak dan iringan muziknya. YA. betul betul indah. indah bagi seorang pelajar asasi alam bina merangkap rakyat Malaysia yang lahir di kota Kuala Lumpur.

walau bagaimana pun, walau indah nya bangunan KLCC itu, aku masih tercari cari tujuan sebenar aku di Universiti Malaya ini. memang benar tujuan aku disini untuk belajar. tetapi matlamat? YA. apa matlamat aku di sini? bidang apa yang harus aku ceburi selepas berakhirnya semester 1 ini. aku pening memikirkan hal tersebut. aku masih tidak nampak. serabut kepala aku. sangat serabut. seni bina? aku kurang pasti. aku dilahirkan sebagai seorang manusia yang tidak kreatif. YA. benar dan aku sedar. aku juga tidak mempunyai idea idea yang menarik. tetapi aku sangat meminati lukisan senibina itu sendiri. sangat minat. aku sebenarnya takut. takut untuk ke bidang itu dan tidak pasti adakah aku boleh ke bidang itu. sukarnya kehidupan yang mempunyai pilihan ini. sungguh sukar......

1 comment: